celoteh si chubby ♥
10C DAN 10D

Sunday, 22 September 2013 @ 4:16:00 am | 0 Comment [s]


10.3 PENINGKATAN ILMU DAN KECEKAPAN DEMI KEMAJUAN



Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) ditubuhkan pada bulan Jun 1972. Penubuhan INTAN selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan latihan formal bagi pegawai kerajaan.

INTAN diletakkan di bawah kendalian Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia yang bertanggungjawab memberi kursus dan latihan kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam.

*********************************************************************************************

10.4 PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MEMANTAPKAN ORGANISASI

i) PENGHASILAN BARANG YANG KREATIF
R&D akan menghasilkan barangan yang kreatif dan  inovatif. Sebagai contohnya Malaysia mampu menghasilkan lampu bijak (smart lamp) yang dapat padam dan menyala secara automatik. Lampu ini kini dihasilkan secara besar-besaran di seluruh dunia.Pasarannya meluas kerana keistimewaannya. R&D Jerman pula Berjaya menghasilkan beg udara (air bag) dalam kereta.Bagi udara ini dapat melindungi pemandu dan penumpang daripada terhentak pada badan kereta semasa kemalangan.Dengan itu keselamatan pemandu dan penumpang lebih terjamin.Kini beg udara ini digunakan secara meluas dalam semua industri automobil.

          ii) PENINGKATAN PRODUKTIVITI
R&D dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran kos pengeluaran. MARDI,melalui R&D, banyak menghasilkan baka padi yang bermutu tinggi, misalnya MK 188 dan MK 189. Tumbesaran beras ini cepat. Hasilnya lumayan dan berkualiti. Daya tahannya terhadap penyakit yang tinggi.Oleh itu,hasil yang tinggi akan menambah pendapatan petani di samping memenuhi permintaan makanan rakyat. Melalaui R&D robot juga dihasilkan untuk menggantikan tenaga manusia. Robot boleh melakukan kerja dengan lebih cekap tanpa dipengaruhi emosi dan keletihan seperti manusia. Kos pengeluaran juga dapat dikurangkan.                  
                       



Labels:



Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam ukhwah. Kami Siti Bazshariah, Nur Suhadah, Nurin Fathiah, Siti Noramira dan Khaliesah Nur Arina, para pelajar kelas 4 Yakin (Y-PEEPS), SM Sains Batu Pahat ((SEHEBAT) telah diberikan tugasan untuk menyediakan blog yang merangkumi tajuk Cabaran Masa Hadapan berdasarkan silibus Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan tingkatan 4. Kami mempersembahkan kepada anda hasil kerja kumpulan kami. Kami berharap hasil usaha kami dapat membantu anda untuk memperkasa pengetahuan tentang tajuk yang diberikan. Terima kasih. Selamat maju jaya :)


Navigations


Shout here

leave your footstep at my tagboard.. (=